Rabu lepas, Taylor Swift telah beraksi di Indoor Stadium, Singapura sebagai promosi untuk album ketiganya, 'Speak Now', yang telah dipasarkan di Asia pada Oktober lalu. Singapura merupakan lokasi pertama dalam jelajah Asia-nya sebelum Hong Kong.
Konsert selama 95 minit itu dihadiri lebih 9,000 peminatnya yang terdiri daripada anak-anak remaja ditemani ibu bapa mereka.
Dan Taylor tidak sekalipun mengecewakan apabila menampilkan satu persembahan yang mantap, mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti "Enchanted", "Dear John" dan "Fearless".
Walaupun hanya berusia 21 tahun, pemenang Grammy ini mula menghasilkan lagu-lagu hit sejak album pertamanya, 'Taylor Swift' (2006) diikuti album keduanya, 'Fearless' (2008).
Taylor juga merupakan artis digital paling laris dalam sejarah muzik apabila sebanyak 28 juta lagunya berjaya dijual. Majalah Time menamakannya antara individu paling berpengaruh tahun 2010.
Terkenal kerana menulis lagu-lagunya seperti satu mini autobiografi, Taylor menyentuh tentang cinta, fantasi dan kekecewaan dalam percintaan. Ini seterusnya mencetuskan spekulasi terhadap bekas-bekas kekasihnya.
Taylor pernah menulis tentang pengalaman dikecewakan oleh Joe Jonas dari Jonas Brothers dalam lagu "Forever and Always" yang terkandung dalam album 'Fearless', dan permohonan maafnya kepada pelakon Twilight, Taylor Lautner dalam "Back to December", sebuah trek dalam album terbarunya.
Taylor pernah menulis tentang pengalaman dikecewakan oleh Joe Jonas dari Jonas Brothers dalam lagu "Forever and Always" yang terkandung dalam album 'Fearless', dan permohonan maafnya kepada pelakon Twilight, Taylor Lautner dalam "Back to December", sebuah trek dalam album terbarunya.
Tentang lagu-lagu di dalam 'Speak Now', Taylor memberitahu, "Lagu-lagu ini merupakan kata-kata yang tidak sempat saya luahkan pada ketika itu. Lagu-lagu ini bagaikan surat terbuka. Setiapnya ditulis untuk seseorang tertentu, memberitahu mereka apa yang terbuku di dalam hati saya.”
No comments:
Post a Comment