hmmmmmmmmm


SnazzySpace.com
Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*] Falling Objects at SnazzySpace.com

Sunday, March 6, 2011


Nama Mizz Nina mungkin masih agak asing bagi segelintir peminat industri seni tempatan walaupun dia pernah menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew sebelum mengambil keputusan untuk bergerak secara solo.
Namun kini dengan album sulungnya, 'What You Waiting For' yang turut memuatkan lagu yang sama dengan judul albumnya itu, Mizz Nina dilihat sebagai antara penyanyi wanita yang berpotensi besar.
Apatah lagi melalui lagu tersebut, dia berpeluang bekerjasama dengan penyanyi antarabangsa dari Amerika Syarikat, Colby O'Donis yang sebelum ini pernah berkolaborasi dengan Akon dan Lady Gaga.
"Proses kerjasama ini dijalankan oleh pihak pengurusan kami. Ini kerana saya cukup mengagumi bakat serta kebolehan Colby. Saya harap kerjasama ini akan berhasil dan daripada respon yang diberikan oleh peminat, mereka menyukai lagu tersebut.
"Selepas ini saya tidak tahu lagi, siapa pula yang akan bekerjasama dengan saya kerana album saya baru sahaja dilancarkan dan saya mahu fokus dengan kerja-kerja promosi sebelum merancang projek yang akan datang," ujar Mizz Nina yang enggan mendedahkan kos pembikinan albumnya yang memuatkan 14 buah lagu itu.
Ditanya mengapa album tersebut mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan, Mizz Nina yang juga merupakan Pengarah Urusan The Singing Shop yang beroperasi di Amcorp Mall, Petaling Jaya memberitahu, proses mengumpul 'material' memerlukan masa yang agak panjang.
Katanya dia mahu mencari material terbaik untuk dipersembahkan kepada para peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepadanya selama ini. Malah dia yakin dengan kesungguhannya menghasilkan album tersebut, para peminat akan dapat menerima album tersebut dengan baik.
"Ia juga mengambil masa sedikit kerana proses rakaman bukan sahaja diadakan di Malaysia, malah turut dijalankan di Los Angeles. Apapun saya puas hati dengan proses pembikinan album ini," ujarnya yang turut berkebolehan mencipta lagu.
Bercerita mengenai album sulungnya itu, Mizz Nina menjelaskan album tersebut memuatkan 14 buah lagu dan lima daripadanya di dalam bahasa Melayu. Tambah hebat, melalui album tersebut dia bukan sahaja berpeluang berduet dengan Colby malah turut bekerjasama dengan Noh (Hujan), Mawar Berduri (Ahli Fiqir) serta Mc Dandee, penyanyi terkemuka dari Bangkok.
"Album ini tidak jauh berbeza dengan album yang pernah saya hasilkan bersama kumpulan Teh Tarik Crew. Ianya mempunyai unsur electro hip hop dan rentak yang diketengahkan adalah berkaitan dengan citarasa saya.
"Namun saya boleh mengatakan bahawa untuk album ini, ianya mempunyai rentak yang lebih terkini dan segar daripada kebiasaan. Ia juga bolehlah dikatakan sebagai refleksi daripada pengalaman kehidupan saya," ujarnya penuh semangat.
Tak kisah dilabel 'nakal'Melihat akan klip videonya "What You Waiting For", pasti terdapat segelintir pihak yang melabelkan penyanyi berwajah jelita itu sebagai seksi dan 'nakal'.
Mizz Nina ketika ditanya mengenai perkara tersebut sambil tersenyum memberitahu, dia tidak kisah dilabelkan sedemikian. Katanya itu hanyalah sekadar di dalam klip video dan tiada kena mengena dengan kehidupan peribadinya.
"Saya tak kisah orang nak cakap apapun. Sebab apa yang penting bagi saya ialah keluarga dan kawan-kawan saya tahu siapa dia Mizz Nina. Selain itu saya juga tak boleh nak sekat apa yang orang nak cakap atau fikir mengenai saya.
"Sehingga kini saya bersyukur kerana klip video tersebut disukai ramai dan sejak ia mula ditayangkan di web YouTube pada 31 Mac lalu, sudah lebih 400 ribu orang menontonnya.
"Pada saya ini satu perkembangan yang bagus. Selain itu, single pertama saya itu juga kini sudah semakin diterima dan telah memasuki beberapa carta lagu popular di Malaysia," katanya.
Berkenaan perancangan untuk membawa lagu-lagunya sehingga ke peringkat antarabangsa, dia mengakui mempunyai perancangan ke arah tersebut. Namun sebagai permulaan dia mahu dikenali di Malaysia terlebih dahulu sebelum mengorak langkah sehingga ke Indonesia, Singapura dan Los Angeles.

aku sayang semua -PESERTA AMERICAN IDOL


Jika melihat pada persembahan Lee DeWyze dan Crystal Bowersox semalam, ramai yang menjangkakan kemenangan akan berpihak pada Crystal yang sememangnya telah menampilkan persembahan yang mantap. Baik dari segi penghayatan lagu mahupun kekuatan vokalnya, Crystal jauh lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan Lee.

Entah mengapa, persembahan Lee kurang menyengat. Meskipun konsert malam tadi merupakan konsert kemuncak American Idol musim ke-9 (AI9), namun Lee dilihat gagal memberikan saingan kepada Crystal. Vokalnya terlalu lemah dan persembahannya pula, terlalu bersahaja, sehingga tidak memberikan sebarang impak.

Tetapi rezeki nampaknya berpihak kepada bekas jurujual cat ini apabila diumumkan sebagai juara AI9 sebentar tadi. Walaupun begitu, ia satu kemenangan yang tipis apabila hanya perbezaan sebanyak dua peratus yang memisahkan di antara mereka.

Bagi peminat Lee, single pertamanya, "Beautiful Day", lagu yang dipopularkan band termasyhur, U2, bakal dikeluarkan tak lama lagi.

Bagaimana pula nasib Crystal selepas ini? Bak kata teman sekerja GUA, tanpa gelaran AI9, Crystal sudah membuktikan dirinya sebagai seorang penyanyi hebat dan tidak hairan jika banyak syarikat rakaman yang akan berebut mengambilnya sebagai artis mereka. Lihat saja perjalanan karier juara AI musim lapan, Kris Allen dan naib juara, Adam Lambert. 

LOVE U..TAYLOR


Rabu lepas, Taylor Swift telah beraksi di Indoor Stadium, Singapura sebagai promosi untuk album ketiganya, 'Speak Now', yang telah dipasarkan di Asia pada Oktober lalu. Singapura merupakan lokasi pertama dalam jelajah Asia-nya sebelum Hong Kong.
Konsert selama 95 minit itu dihadiri lebih 9,000 peminatnya yang terdiri daripada anak-anak remaja ditemani ibu bapa mereka.

Dan Taylor tidak sekalipun mengecewakan apabila menampilkan satu persembahan yang mantap, mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti "Enchanted", "Dear John" dan "Fearless".

Walaupun hanya berusia 21 tahun, pemenang Grammy ini mula menghasilkan lagu-lagu hit sejak album pertamanya, 'Taylor Swift' (2006) diikuti album keduanya, 'Fearless' (2008).

Taylor juga merupakan artis digital paling laris dalam sejarah muzik apabila sebanyak 28 juta lagunya berjaya dijual. Majalah Time menamakannya antara individu paling berpengaruh tahun 2010.
Terkenal kerana menulis lagu-lagunya seperti satu mini autobiografi, Taylor menyentuh tentang cinta, fantasi dan kekecewaan dalam percintaan. Ini seterusnya mencetuskan spekulasi terhadap bekas-bekas kekasihnya.

Taylor pernah menulis tentang pengalaman dikecewakan oleh Joe Jonas dari Jonas Brothers dalam lagu "Forever and Always" yang terkandung dalam album 'Fearless', dan permohonan maafnya kepada pelakon Twilight, Taylor Lautner dalam "Back to December", sebuah trek dalam album terbarunya.
Tentang lagu-lagu di dalam 'Speak Now', Taylor memberitahu, "Lagu-lagu ini merupakan kata-kata yang tidak sempat saya luahkan pada ketika itu. Lagu-lagu ini bagaikan surat terbuka. Setiapnya ditulis untuk seseorang tertentu, memberitahu mereka apa yang terbuku di dalam hati saya.”

top n hot gossip...

Fasha Sandha berbikini di Bali memang menjadi liputan meluas di media-media tempatan. Ni sampai Kosmo pun jadi muka depan tajuk utama pilihan akhbarnya. Sampaikan Fasha dikatakan menghilangkan diri/mendiamkan diri dua hari tak balik-bali rumah. Yang terbaru punca Fasha berbikini di Bali berkenaan adalah bermula daripada perasaan cemburunya terhadap Tutzzz. belilah Kosmo. Ha3.


aku  benci fasha  sanda..GEDIK!








Semalam berakhir sudah pementasan teater Terima Kasih Cinta yang berlangsung selama lebih dua minggu di Istana Budaya. Diadaptasi dari filem Cinta, kisah lima pasangan itu dibawa ke pentas teater yang dibarisi 12 pelakon ternama pelbagai bidang seni.

Walaupun naskhah teater itu didasari kisah cinta, namun GUA ada menerima cerita yang kurang enak di telinga. Hubungan GUA dengan teater memang agak rapat. Maka apabila berlakunya sesuatu yang jelek pada dunia teater, GUA harus sampaikan. Apa yang ingin GUA paparkan bukanlah dengan niat untuk menjatuhkan atau pun memalukan, tetapi sebagai pengajaran untuk masa depan.

Kisahnya agak panjang kerana ia berlaku pada hari Sabtu lalu yang mana ada dua pementasan, iaut petang dan malam. Drama belakang tabir ini bukan hanya berhenti setelah pementasan sebelah petang tamat sebaliknya berlarutan hingga ke pementasan sebelah malam. Begitu hebatnya drama tersebut sehingga ada yang mengatakan drama tersebut lebih menarik dari jalan cerita teater itu sendiri.

Kisahnya bermula apabila pelakon yang GUA namakan sebagai “M” telah memesan jambangan bunga untuk dihadiahkan kepada pelakon utama teater tersebut sewaktu “curtain call” pementasan petang. Walaupun terdapat 12 pelakon utama untuk teater itu, namun hanya 10 jambangan bunga sahaja yang disiapkan oleh “M”.

Rupa-rupanya, “M” telah merangka rancangan itu tanpa pengetahuan pelakon utama lain untuk menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada semua pelakon kecuali dua orang pelakon iaitu “K” dan “A”. Apakah motif sebenar “M” sukar untuk GUA tafsirkan, mungkin ada sejarah lama yang masih kekal mencalar hati “M”.

Apa yang GUA dengar, niat untuk memalukan pelakon “K” dan “A” di hadapan penonton adalah salah satu faktor mengapa perancangan itu dilakukan. Bayangkan wajah pelakon “K” dan “A” yang tidak menerima jambangan bunga di hadapan penonton. Tentulah apa yang dilakukan akan sedikit sebanyak akan menjatuhkan air muka pelakon-pelakon itu di hadapan penonton. Dah lah pelakon perempuan pulak tu, takkan tak dapat bunga kan!

Sewaktu “curtain call”, mujurlah pelakon “E” dan pelakon “S” yang merupakan pasangan pelakon “K” dan pelakon “A” telah bersikap “gentleman” dengan menyerahkan jambangan bunga mereka kepada pasangan masing-masing. Sekurang-kurangnya terjaga sikit air muka pelakon “K” dan “A” dari termalu kerana tidak mendapat bunga.

Persoalan yang masih belum terjawab di benak GUA adalah mengapa perancangan busuk sedemikian perlu dilakukan di hadapan penonton? Di manakah letaknya sikap profesional pada diri seorang artis yang boleh dianggap berpengalaman lama dalam industri hiburan? Bukankah sebagai seorang pelakon, “M” sepatutnya bersikap profesional dengan meletakkan masalah peribadinya di luar pentas dan bukannya membawa ke hadapan pentas.

Hilang rasa hormat GUA pada “M” bila perkara itu berlaku di hadapan penonton kerana bagi GUA, “M” bersikap amat tidak profesional dan tidak menghormati panggung, tempat dia mencari rezeki. Seorang artis yang tidak menghormati kerjayanya ialah seorang yang tidak patut GUA hormati, itu pandangan GUA sendiri.

Rupa-rupanya ada susulan dari kejadian pemberian bunga tersebut. Menyedari perancangan busuknya itu gagal, “M” telah mengarahkan pelakon “E” dan pelakon “S” agar mengambil semula bunga-bunga itu dari pasangan masing-masing yang sepatutnya tidak mendapat jambangan tersebut, iaitu pelakon “K” dan “A”.

Di bilik rehat sementara menantikan pementasan malam, barulah terbongkar cerita di sebaliknya, yang perancangan pemberian bunga itu sebenarnya adalah perancangan pelakon “M” sendiri yang sebelum ini tidak diketahui pelakon lain.

Bila pelakon “K” dan “A” tahu bahawa mereka mahu dijadikan mangsa dalam episod drama bunga tersebut, pelakon “A” telah meluahkan perasaannya di laman Twitter miliknya. Berapi juga api kemarahannya di laman media sosial itu. Kalau GUA yang terkena pun, GUA akan marah, apatah lagi tuan punya badan.

Kemarahan pelakon “A” di laman Twitter itu telah disampaikan kepada “M” oleh pengurusnya. Maka bermulalah lagi satu episod drama. Mereka tidak bergaduh tarik-tarik rambut atau hayun kasut tumit tinggi, mereka bergaduh cara baru dengan menggunakan “sound-check” sebagai platform untuk memaki hamun sesama sendiri. Yang pelakon “M” “tag-team” dengan pelakon “Y”, manakala pelakon “A” bersama pelakon “K”. Masing-masing berbalas caci nista secara terbuka. Jadi keliru jurutera audio dibuatnya dek kerenah pelakon-pelakon tersebut!

Sedar tak pelakon-pelakon itu yang sesi “sound-check” mereka itu dapat ditonton oleh semua pelakon lain menerusi “internal broadcast” ke setiap bilik pelakon? Tidak terdetikkah rasa malu pada pelakon-pelakon lain yang lebih junior? Mereka sedar tak yang apa yang mereka lakukan itu akan menjadi contoh yang tidak baik kepada pelakon junior?

Sepatutnya sebagai artis berpengalaman, baik pelakon “M”, “K”, “Y” atau pun “A” wajar menunjukkan contoh yang baik kepada pelakon generasi baru. Bukannya menunjuk kelakuan yang tidak senonoh kepada mereka.

Menjelang pementasan sebelah malam…

Api kemarahan pelakon “M” sebenarnya masih belum reda rupanya. Yang terkena tempias adalah pelakon “E” dan “S” yang telah merosakkan perancangan busuknya petang tadi. Dalam satu adegan bersama, pelakon “M” telah mensabotaj pelakon “E” dan “S” dengan dialog tambahan yang bukan-bukan. Angkara “ad-lib” tersebut, adegan yang sepatutnya penuh dengan kesedihan menjadi lucu apabila dialog yang ditambah tidak kena dengan jalan cerita.

Maka berderailah ketawa penonton mentertawakan ke”bijak”kan pelakon “M”. Lagi satu isu profesionalisme perlu diterangkan secara jelas di sini. Jangan di bawa masalah belakang pentas ke hadapan pentas. Penonton yang datang menyaksikan pementasan itu membayar ratusan ringgit untuk menonton kerja profesional mereka. Setiap sen duit mereka itu perlu dibalas dengan mutu kerja yang cemerlang dan bukannya dibalas dengan perlu menyaksikan kemarahan anda yang di bawa ke hadapan pentas.

Nasihat GUA cuma satu. Belajarlah menjadi seorang yang profesional terhadap kerjaya masing-masing. Di bahu andalah terletaknya tanggungjawab untuk menjadikan kerjaya sebagai seorang artis itu terus dihormati. Andalah yang telah merosakkan nama baik kerjaya anda sendiri jika perangai-perangai sedemikian diteruskan.

Anda sedar tak dengan berperangai sedemikian telah sedikit sebanyak mengorbankan nama baik anda? Maka tidak hairanlah sekiranya nama itu nanti terus lenyap, mungkin lima tahun, mungkin dua tahun, mungkin satu tahun yang akan datang. Fikir-fikirkan lah!

GUA tidak terkejut sekiranya nama-nama pelakon “M”, “Y”, “K” dan “A” tidak tersenarai untuk pementasan yang akan datang. Jangan salahkan sesiapa, salahkan lah diri sendiri.

GUA sebenarnya sudah muak untuk bercerita tentang kisah penceraian artis. Nampaknya sebelum penghujung tahun ini, ada lagi yang perkahwinan mereka berada di hujung tanduk. Lebih memilukan apabila pasangan yang dikhabarkan sedang menghadapi masalah rumahtangga itu merupakan bekas peserta program Sehati Berdansa.

Mujur ada juga berita baik yang diterima oleh bekas peserta program realiti tersebut apabila pasangan Sazzy Falak dan Nazril Idrus bakal menimang cahayamata pertama mereka. Sazzy yang kini hamil empat bulan dikatakan mengandung anak kembar. Alhamdulillah.

Berbalik kepada cerita awal, rumahtangga pasangan yang dimaksudkan sememangnya sejak muncul di kaca televisyen sudah boleh kita nampak kekeruhannya. Si suami silap langkah sikit, ditengkingnya. Jadi, GUA tidak terkejut sangat bila akhirnya mengetahui yang pasangan itu nampaknya mahu menamatkan usia rumahtangga mereka.

Cerita yang GUA dengar mengatakan yang suaminya main kayu tiga di belakang isterinya. Hmmmm…cerita yang menarik untuk GUA korek. Mesti ada sebab mengapa si suami main kayu tiga kan? Kehidupan pasangan tersebut bukanlah biasa-biasa saja dari yang pernah GUA tonton sebelum ini.

Nasihat GUA, usahalah selamatkan perkahwinan tersebut. Kasihan dekat anak-anak. Setiap masalah boleh diselesaikan. Nampaknya badi program realiti Sehati Berdansa itu masih lagi kuat walaupun setelah program itu dihentikan dan diganti Mari Menari.


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven  Eleven

HI 5

Hi  GeNG....AlL  oF  u..HI!
tHis  iS me   thE  sAMe  PeOpLe..

iF  U'VE  vIsIt  My  Blog..


TOP  GILER  IS  THE  NEW  BLOG..
WHTEVER..EVERY  BLOG  IS   5  STAR..I  LOVE  IT..